rintik-rintik hujan,
mencurah menyirami bumi,
yang ketandusan dan kegersangan,
aku,
seperti biasa,
merasakan sepi yang kian berpanjangan,
kebosanan melanda tiap sudut diriku,
sahabat,
semuanya sekadar di luaran sahaja,
tiada pernah memahami,
pentingkah memahami bagi mereka,
hanya yang pasti,
"hidup ini singkat, jadi bersuka lah",
terkadang rasa
mahu saja aku menegking,
tidakkah mereka memikirkan masa hadapan?
atau,
hanya aku yang berlebih-lebih.
sukar untuk aku tafsirkan,
kini aku mulai mengerti,
manusia sering merasa mereka hebat,
namun sedar atau tidak,
sedikit demi sedikit,
perasaan itulah yang memakan diri,
wahai sahabat,
muhasabahlah dirimu,
bukan apa,
cuma aku takut melihat,
gaya hidupmu itu,
yang semakin hari makin terpesong,
aku tidak mahu melihat sahabat baikku,
meraba-raba mencari bantuan,
merayu mengharap belas,
pabila bencana melanda dirimu.
MAAFKAN aku sahabat,
andai kau merasa,
aku mengganggu hidupmu,
cuma terdetik dihati,
untuk menegur...